follow dashboard

Selasa, 10 Januari 2012

BFF Ever !

Selamat pagi...ASSALAMUALAIKUM..
Syukur ALHAMDULILAH aku masih diberi kesempatan untuk menghirup udara segar 
dimuka bumi ALLAH yang indah ini..hurm..disaat mereka masih lena dibuai mimpi,
aku terasa sepi sehingga menimbulkan minat untuk mencoret sesuatu disini... 
entri hari ni,terasa nak story pasal kawan2 lme..yg boleh dikatakan best friend la jgk!!
Best friends????what???
Definisi kawan dan sahabat kadangkala dianggap mengelirukan bagi sesetengah individu. 

For me,byk  istilah seperti 'sahabat ku', 'kawan ku', 'rakan ku' dan 'kenalan ku'.

Sahabat ku:
Sahabat ku adalah orang yang memiliki rasa tanggungjawab terhadap diri ku, tetapi tidak memiliki hubungan darah. Dalam erti kata lain, sahabat bukan terdiri daripada adik-beradik tetapi berupaya mewujudkan hubungan yang mirip hubungan persaudaraan antara adik-beradik. Sahabat ku adalah orang yang banyak memberi manfaat dan kebaikan kepada aku terutamanya, dan aku juga wt benda yg sama pd dia.



Ni pon bff jgak..bff sekolah rendah..:-D


Gambar lama2..Geng 5G jgak ni..BFF lahh..


Ni lah dye satu2nye bff aku dr sekolah rendah sampai sekarang ni..
hurmmmm....aku syg ko lah Azey Ahmad..
muahhhhhh3!!!


Ni plak bff masa sekolah menengah sampai form6!
paling kelakar yg baju pink tu lah..kalut semacam..hhahaha
jgn marah maznah yee...
suka belanja makan yg laki tu(Rafis)
Yg berbaju butank tu(Zana)
tauke bluetooth lagu..hahahaha
yg tinggi tu plak geng 5G..
(Bakal sedara aku jgak kot..InsyaAllah lw jd)
hehehhehe
Sahabat aku@bff yang lain:Syahmihanif Syah(pic xde lah)tgk blog dye-Cincai DiLadang and member2 SMKAS dulu(Hanisuhana Hamidon n the Gang)...

Kawan ku:

Kawan ku ialah seorang yang boleh berkongsi lebih dari satu perkara seperti minat, hobi, perasaan and so on lah... Kawan ialah orang yang selalu berinteraksi dengan aku dan aku mengetahui  fakta peribadi tentang dirinya.


Yang ni plak kwn form 6 aku..


Masa dlm bas g lawatan...
I really2 miss this moment babe!




Rakan ku:

Rakan ku ialah perantaraan antara kawan daan kenalan. Rakan ialah orang yang berkongsi minat, kerjaya, hobi, permainan, guru, kelas, matlamat dan sebagainya dalam satu organisasi atau kumpulan seperti persatuan, kelab, syarikat, pertubuhan dan sebagainya. Contohnya, aku ada rakan satu tingkatan, rakan satu sekolah, rakan satu kelab dan rakan satu u..

K.A.M.I

Tiada ulasan:

Catat Ulasan