follow dashboard

Selasa, 31 Disember 2013

GoodBye 2013!! Hello 2014!!

Dear blog,
Ehhhh..mcm tulis surat cinta..mungkin ni bakal cara penulisan 2014?
Hari terakhir 2013.. page 365 of 365 ! Last day of 2013 !genap 365 hari hidup dlm setahun..alhamdulilah :)
Esok segalanya mungkin berubah..dr segi pentadbiran negara,cara berfikir,kehidupan peribadi dan segalanya..tp sejujurnya dalam benak fikiran ni tiada sebarang azam yg tersemat..cuma sebuah pengharapan utk tengok adik2 berjaya dlm peperiksaan besar mereka SPM dan STPM.. 

2013 in memories :
*azam tercapai, walau ada duka, namun pengalaman mengajar aku.. tinggalkan semua yg dah berlalu
*pahit manis , suka duka 2013 pasti dlm kenangan, kerana semuanya ada tercatat dlam diari maya ini, mungkin juga dlm catatan peribadi yg lama tidak ku sentuh..hari ini bakal aku coret sesuatu didalamnya.

2014 around the corner :
*wishlist? serious talk, i dont have any of it !!
*just hope that i have a better life, with all lovely person around me
*pray both for my parents, family and all my beloved friends
*pray for myself to be a better person, daughter, wife to-be and hamba ALLAH pastinya :D
*tak dilupakan, untuk si dia yg bakal menjadi peneman seumur hidup,but i dont know who yet 
*umur bukan penghalang, moga kematangan selaras dgn peningkatan usia :) Amin...Inshaallah


p/s: Goodbye 2013 and goodbye to all the negative people I've removed during it! More happy, more positive & even more excited for 2014!



Sabtu, 14 Disember 2013

Cheritera Kemarin !

Khamis lepas:)kami berjimba-jimba di Queensbay Mall menonton wayang cerita #ular..walaupun hanya berempat namun ia satu kenangan yang tak pernah akan dilupakan.. sejujurnya , enjoy hangout dgn kalian :D
Coursemate SpeEd :)
Tak pernah aku buat perkara yg memalukan seumur hidup, tapi kali ni demi kawan-kawan atas desakan mereka, demi membahagiakan mereka, aku lakukan jua :) 
See this !!
mentang2 aku paling kecik.. ehh ..comel
:)
p/s : Kawan tu bknnya mcm BARANG KEMAS. Waktu baru beli pakai…Dah sengkek gadai…
        

Sabtu, 7 Disember 2013

Kelestarian !

Ni kami punya kempen :)

Ahli kumpulan yang menjayakan projek kitar semula ini :)
kumpulan : cochineal

Haiii u ollss...tak tahu semangat apa merasuk aku tentang projek ni. sekadar nak berkongsi tentang projek lestari kami.. hoho.. sem ni ambil ko-k kelestarian..maka kena jayakan satu projek dan kami memilih projek kitar semula. memang perlu komitmen penuh daripada ahli kumpulan, tp sejujurnya aku x dapat itu. so let it be.. yg penting projek dah jalan.. selasa ni tinggal present je :) k byee !


Ahad, 17 November 2013

" Teach And Teacher "

Holllaaa... Assalamualaikum.. OK... nak mencoret pada diari yg lama x diusik.. habuk? mungkin masih nipis. rindukan zaman persekolahan? ye.. sgt merinduinya! sekarang budak2 dah start cuti sekolah..seorang adik ambil SPM dan seorg lagi STPM.. i wish u all the best my dear <3 hope u all get the best result and our parent not waste their time to raising us :) dont be like me.. coz i am just an example.. but JUST be yourself :) 

**supporting them from behind and far away and away** hahaha..

  
** "hopefully the litlle knowlege taught will be a guidance throughout ur life...."**(Hasmah Kasbin, 2013)
**rindukan guru2 sekalian**i've a good teacher behind me :)

" Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI..."

Selasa, 29 Oktober 2013


    The good you do today will be forgotten tomorrow.

Do good anyway, everyday.

Selasa, 22 Oktober 2013

^ __ ^




Everyone needs a shoulder to cry on
Everyone needs a friend to rely on
When the whole world's gone, you won't be alone
'Cause I'll be there
I'll be your shoulder to cry on
I'll be there
I'll be the one to rely one
When the whole world's gone, you wont be alone
'Cause I'll be there
You always have my shoulder to cry on
I'll be there
I'll be the one to rely one
When the whole world's gone, you wont be alone
'Cause I'll be there
And when the whole world is gone
You'll always have my shoulder to cry on

Rabu, 9 Oktober 2013

Happy belated birthday to Me & Myself

Assalamualaikum.. entry kedua kat blog baru nih! haha.. semalam 08 Oktober 2013 genaplah usia diri ini 22 tahun diatas muka bumi indah ciptaan Allah yg indah ini.. Alhamdulillah :D masih diberi ruang dan peluang untuk meneruskan kehidupan.. makin lama hidup makin banyak lah dosa yg tercipta..mohon dijauhkan dari nya, istiqomah dalam ibadah sepanjang perjalanan hidup yg bakal dilalui seberapa lama lg yg tidak diketahui.. Berbalik kepada kisahnya, tepat jam 11 malam 07.10.13 dah melelapkan mata.. hingga lah terjaga seawal jam 1.01 pagi.. apa lg lah yg nak dibuatnya kan, mesti lah check fon nak tengok berapa ramai yg wish.. hahahahha.. femes katenya!!! :P werks! tapi xde pon wish tepat jam12 mlm seperti tahun2 sebelumnya.. sang yg diharapkan untuk wish lupa,.. abah dah wish seawal magrib 07.10 lagi dah.. the first wisher is my twins.. sue! and rumate Mira!! tu pon via teknologi skrg, WECHAT,FB, TWITTER.. then all my friends yg lain.. tapi masih gembira bila some tu call jam 2pg.. wish birthday and then we skype :) ayat yg x leh nak tahan tu "sy xnak jd org pertama wish,tp sy nak jd org terakhir" .. ceyh3! 3 org jejaka berkata sebegitu rupa tahu! sudahlah korang.. ntah boleh pakai ke tidak kata2 sedemikian.. haha.. sepanjang hari , semalam lahh.. happy je rasa.. thanks utk si "penyanyi" tegar masa birthday sy.. #spiderman kerana awak sudi nyanyi kat sy setiap tahun berserta dgn alunan gitarnya.. then wish birthday lepas jam 12 mlm 08.10.. janji kol 1.30 tp sy terlelap..maaf..replt 3.30 pg then awak terus call..sy mamai kot masa awak call tu, sorry sgt.. haha.. si dia yg jauh di sana "yg sedg mengerjakan hj" , terima kasih juga untuk ucapan "asif jiddan, sanah helwa " awak tu...tp asif jiddan utk apa?kalau utk segala yg awak dah buat pd sy, tu x memadai.. macammana awak "lamar" sy, macam tu juga cr awak patut minta maaf.. itu pendirian sy!tegas! Terima kasih pd rumate, twins , mimi atas hadiah part1 korang!:D nice to know all of u.. fren till JANNAH ya <3 at last, apa yg diharapkan sejajar dgn peningkatan usia ni, ialah moga cepat bertemu jodoh ARYIANA!!!!!hahahahha.. nampak x gatal kat situ?? :P moga jd hamba Allah yg solehah, anak yg solehah dan bakal isteri yg solehah..Apa2 untuk keluarga dulu barulah diri sendiri!!Inshaallah..Amin..Sama2lah kita mendoakan yg terbaik ye :P Sekian.. daaaaaaa !  

TERIMA KASIH untuk yg ini ANEP!!!most appreciete it! :D

Sabtu, 14 September 2013

New bie.. :)

Assalamualaikum.. hye bloggers2 sekalian.. this is my new acc for blog because i delete that old one.. hihihi
so 1st of all it will be my repost on that deleted blog here...adalah sebab kenapa perlu buat blog baru ni..so from now on, this is my officially blog until my last breath in this world..how cliche am i? :D 
*now lets begin with my review!! :D

Rabu, 21 Ogos 2013

Sketsa Raya

Huuuiiiii..Huuiiii...Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia, Salam Kemerdekaan ke-56 juga!
hari ini dah masuk beberapa hari dalam bulan syawal, mungkin syawal ke-14 kalau tak silap..hmmm.. yeaa... tahun ni boleh dikatakan raya meriah, even saudara mara terdekat ramai yg balik rumah mertua masing2 dulu, tp the most surprise thing ever is org KL beraya kt kg..haha... 
List Raya 2013:


  • raya pertama dikunjungi keluarga sebelah abah, masak2 bakso.
  • raya didatangi oleh ramai tetamu hingga raya ke-11, hebat tak?tak pernah mcm ni tahu?sebab tetamu x putus2, (ni blm lg aku kahwin,kalau tak malam pon x tidur agaknya?hiks!)
  • cuti sem yg panjang, buat raya aku lebih bermakna.17.8-gerak jb seminggu..jalan and teman kazen sekaligus sebab hubby dia ke lahad datu..
  • duit raya?alhamdulilah lebih daripada adik yg no2 sebab org igt aku bukan anak sulung..hiks!

Perkongsian kegembiraan bersama:



My Family :D


My brother :D
My sista vs my twins :)





Bersama 1/3 cousin2 :D
Uncle Sam yg baru dpt baby..
Nurul Ain Zulaikha like anak org putih :)
Membe form6..
yg berbaju biru?bff?

Ahad, 21 Julai 2013

Allah All Mighty! Alhamdulilah...

Assalamualaikum , salam jumaat dan salam 17 ramadhan.. hari ini aku kena cium dengan student pendidikan khas nama dia muhammad.. haha.. malu2.. ppm mendengki but its such a fun day.. :D rasa sayang dalam diri dah mula wujud untuk kanak2 tersebut..cikgu Aryiana sayang awak semua.. semoga kita berjumpa lagi satu masa nanti..inshaallah..#internship1 #SKSENGGARANG

*sedikit bingkisan sebagai kenangan :












#Pendidikan Khas is something fun for me.. Biar dihina manusia asal kita mulia disisi yang maha Esa..Berusahalah semua anak didikku :D

Isnin, 15 Julai 2013

Ramadhan 1434H

Assalamualaikum semua... haiii!
pejam celik dah 6 hari berpuasa.. ahlan wasahlan ya ramadhan.. opss..maaf baru hari ni sempat update blog..little bit bz with my internship 1.. haiii SK SENGGARANG..i'm there for u from 08.07 till 02.08.. for a month i'll do my practical.. pengalaman baru.. setakat ini, ia menyeronokkan.. :D terima kasih atas bantuan semua guru2 senior.rasa kekok duduk dalam bilik guru.. ^^ feel like, ohhh..my god..why i'm here??why2?? hmm...ada 4 kelas pendidikan khas.. semua ada 30 murid.. mereka sgt lucu and chomel.. kalau ada murid syg kita, dia akan backup kita all the time.. #Rahmad.. cerebral palsy punya penghidap yg sgt chomel #Muhi budin and my observation student thats so funny #Farid..I LOVE U ALL my special kids.. being with u make my day beautiful.. hilang semua gundah gulana dlm diri.. happy seketika melupakan masalah yang ada.. sekian..!


Kena edit bagi berbunga2..
dah janji.. dan mereka dah tuntut..




Wajah girang si anak kecil
*Marhaban Ya Ramadhan.. SELAMAT BERPUASA SEMUA..
*Selamat bersahur & beriftar juga!
*segala yg dirancang untuk puasa,berbuka,bersahur dan beraya bersama just remain as a plan..hmm.. #amd..imy
*Wish me luck for my INTERN in a month :D
*Mohon ada keajaiban disebalik do'a dibulan RAMADHAN yg mulia ini.. moga ALLAH mendengarnya. INSHAALLAH..

Ahad, 23 Jun 2013

Sebarkan Bahagia

http://www.youtube.com/watch?v=PlYDSq9wjkw

#perkara yang mendamaikan hati untuk didengar,dibaca dan dilihat.. walallahhuallam..
#membina rasa dlm hati, untuk sentiasa tabah dihari mendatang..
#mencari sebuah jawapan.. menunggu selagi mampu @amd
#mungkin dalam hatinya juga masih ada persoalan yg tak terjawab @amd "memetik kata2 kaunselorku"

#jgn kerana 1 keburukannya, seribu kebaikkannya kita lupakan..

Isnin, 17 Jun 2013

Lagu?

Agak lucu seseorang yang asing bagi kita beberapa bulan lepas,
Tetiba menjadi orang penting dalam kehidupan kita sekarang.


Agak sedih seseorang yang rapat dengan kita beberapa bulan lepas,
Tetiba menjadi orang asing dalam kehidupan kita sekarang.


Jadi hargailah apa yang ada di depan mata kita sekarang.. #AMD


#AMD: dia bukan sorg yang romantik tapi dia banyak dedikasi lagu kt aku..walauapa pun lagu2 tu tetap akan jadi kenangan dalam playlist aku.. awak, masa kita jalan first date kat CS, apa yang awak ckp masa kita jalan?b sayang aryiana..jangan tinggalkan b k? mungkin sebab tu awak xnak selesaikan masalah kot?xnak bg kata putus..nak buat mcm sy ni selalu ada utk awak x tinggalkan awak..awak je yg tinggalkan saya. ayat lain yg saya igt, b nak jaga syg, nak syg jaga b.. lagi! pasal jantung? awak update fb..tu tipu belaka ke? awak ckp kalau sy mati awak nak mandikan sy dengan penuh lemah lembut..nak kafankan saya... x bagi sy derma organ.. arghhh! awak2.. awak kata sy cinta mati awak.. mati sgt! kelakar la.. semua tu dusta..awak x igt lgsg pasal surat perjanjian yg awak t.tangan...damnn!!


Dedikasi lagu awak pada sy yg akan menjadi kenangan kita:
  1. Dygta : Kesepian
  2. Dygta : Karna Ku Sayang Kamu
  3. Dua mata : Menikahlah denganku
  4. Farest : Cinta Pertama
  5. Geisha : Takkan Pernah Ada
  6. Hafiz : Bahagiamu Deritaku
  7. Rihanna : Diamond (yg ni paling sy xle lupa awak) setiap kali call awak akan ckp "shine bright like a diamond!!)
##adakah lagu-lagu ni juga awak dedikasi pada perempuan lain?contohnya MIRASAJEEEEE? hahahaha

##patutlah sy x dapat2 cincin dari awak.. kehkeh.. sebab perempuan yg selalu bg cincin dia pd awak.. sy termasuk sekali dlm golongan bodoh tu.. sy nak balik cincin sy boleh??
##tambahan, semua fren dalam fb or twiter awak memg membe kepada gf2 awak je.. hakhak.. hot sgt awk AMD!
##perkara sweet kita buat sama2, tengok muvie online walhal berjauhan.. tak khatam dah khatan, setia hujung nyawa (kerempeng), the vow, london paris new york (awk dh donlod tp sy x boleh tgk)..cara ni untuk ajar awak romantik..kita habiskan masa call dan tgk muvie sampai 3 pagi.. paling lama kita call sampai 4 pagi..then ada awak terjaga sebab jantung,awk trus call sy..kita x tidur sampai subuh.. hhmmmm

Jodoh?

 Jodoh ada tiga jenis jodoh.

Jodoh dari Syaitan… berkenalan, berpegangan tangan, buat maksiat, mengandung lalu bernikah.

Jodoh dari Jin… berkenalan, bertepuk sebelah tangan, lalu dibomoh dan disihirkan sebelah pihak sampai tunduk mengikut kemahuan lalu bernikah.

Jodoh dari Allah… cinta berputik, masuk meminang dan langsung bernikah, itulah SYURGA CINTA.

##persoalannya??manakah golongan jodohku ini Ya Allah.. bantu aku lupakan dia kalau dia memang yang sementara saja.. hhmmmm...


Ahad, 16 Jun 2013

Hati Ohh Hati..

"Kata-kata yang manis adalah lebih pahit daripada ubat untuk ditelan".."Sepahit-pahit ubat,kalau ditelan ia menyembuhkan,tetapi semanis-manis kata2 kalau ditelan akan menyakitkan.."
"Kalau ayat al-Quran pon dah disalahgunakan,apa nak jadi??dunia akhir zaman,makin kelihatan..hati yang sekeras apapon boleh cair bila dengar alunan ayat suci al-Quran..Apa maknanya sumpah kalau dilanggar..mahu dilaknat?apa maknanya belajar tinggi,kalau asyik x boleh fikir?Tak susah untuk ungkapkan hanya sepotong perkataan..

  • What u give, u get back.. hahaha.. 
  • Settle this thing first before others..the rest is yours.. pandai2lah..

Isnin, 10 Jun 2013

Macam2!

Salam semua!!!!! update blog yg dah terbiar kejap.. agak2 pasal pe?pon x tahu lah.. haha.. share je lah pape yg patut untuk memperbaharui isi blog yg ntah pape ni..

*Sekarang finale exam.. sem2 tahun 2.. wahhh.. dah nak sem1 tahun3... yeahhhh! x sabar nak habis je ni :D
*Internship sebulan!!!!arrgghhhh....PDK or sekolah?which one??someone, help me decide please!!

*Bulan lepas x dapat desa kat USM ni..setelah rayuan, alhamdulilah dapt..tak perlu fikir panjang lg! :P
*2hari dah x ada air kt USM ni..rasa mmg awesome gila... ^^ >>ddduuusshhhh<<
*ada yang menyatakan seseorang rindu padaku,tetapi sebenarnya tanggapan beliau salah sama sekali.. haha.. perkara sebaliknya yang terjadi :P hahahahha..


*Study week, demam panas macam sem lepas.. Tapi sempat bersama keluarga ronda dgn mountain bike <3
*BerBBQ juga!
*Wish my family always blessed esspecially my parent :D

*Tambahan:

>>seeingmyloveoneforthethirdtime<<loveuoneAMD...thanksforeverything..peace yo!!mogaselamatbalikkelantannanti..

Jumaat, 24 Mei 2013

Not A Big Deal


*When someone is there for you and understands you, never take them for granted.

Selasa, 14 Mei 2013

Tabahlah..Dugaan !

Bismillahhirahmannirrahim.. Assalamualaikum..



Ujian adalah guru yang tidak bercakap, tetapi ia 
sangat mengajar dan mendidik. Ujian terkecil apalagi 
terbesar adalah takdir Allah. 
Kerana jahilnya kita, apabila ditimpa ujian 
samada secara langsung dari Allah atau melalui orang 
lain, kita mula melatah.

Terasa Allah tidak adil, 
sengaja hendak menyusahkan kita. 
Allah Maha Pengasih; jauh sekali Allah takdirkan ujian 
hanya untuk menyusahkan hamba-Nya. 

Ujian sebenarnya melatih kita untuk mendapatkan 
sifat-sifat yang terpuji. Sabar, redha, tawakkal, baik 
sangka, mengakui diri sebagai hamba yang lemah, 
mendekatkan diri dengan Allah, harapkan pertolongan 
Allah, merasai dunia hanya nikmat sementara dan 
sebagainya.
Apabila kita diuji dengan kesakitan, Allah mahu 
memberitahu kita bahawa bagitulah susah dan 
menderitanya orang yang sedang sakit. Semoga kita 
menjadi orang yang bertimbang rasa; menziarahi dan 
membantu mereka yang menderita sakit. Orang yang 
sedang sakit, hatinya mudah terusik. Sesiapa saja yang 
datang dan memberi nasihat, InsyaAllah mudah 
diterimanya.

Bagaimana pula kalau kita diuji dengan kematian orang 
yang paling kita sayangi. Ujian ini sengaja 
didatangkan agar terasalah kita ini lemah; tiada kuasa 
untuk menolak ketentuan Allah. Akan tertanamlah rasa 
kehambaan di dalam hati, sekaligus membuang rasa 
bangga diri.

Begitulah, sebenarnya Allah mahu kita sentiasa 
beringat-ingat. Agar dengan ujian itu, kita sebagai 
hamba akan datang untuk mengadu, mengharap, merintih 
belas ihsan, dan sentiasa merasakan hanya Allah tempat 
meminta segala-galanya.

Ujian juga adalah untuk menilai sejauh mana keyakinan 
kita kepada Allah. Semakin diuji sepatutnya semakin 
bertambah iman kita, dan semakin hampir kita dengan 
Allah. Allah takdirkan ujian demi ujian untuk memberi peluang 
kepada kita mendapatkan pahala sabar. Barangsiapa yang 
sabar dan redha tanpa mengeluh, merungut atau 
marah-marah pada Allah, insyaAllah ganjarannya di 

syurga.

Jumaat, 10 Mei 2013

Alhamdulilah..Hiks!

Dengan nama Allah yg maha pemurah lg maha mengasihani..
"Dengar dan taat".. kata-kata yg sering aku dengar dia lafazkan.. ceyh! ingat apa??
Assalamualaikum bloggers!10.05.13.. terasa cepat masa berlalu.. amboi!
thanks awak.. thanks untuk segalanya.. macam berlaku sekelip mata je.. sebulan dah cukup untuk kita.banyak perkara besar dah berlaku.. perang besar pon dah jugak!haha..
Review of the date:
  • 1*.04.** - 1st knowing each others
  • *3.04.13 - propose accepted
  • 0*.05.13 - 1st meeting each others.. ohhh.. malunya! kena ceramah dgn dua org budak sebab masing2 malu.. ^^ hampeh.. x backup langsung.. kena hembus je baik punya!
  • *2.05.13 - balik ke tempat jatuh lg dikenang.. sweet memory ever at Larkin Central. haha
  • 0*.05.13 - the big deals happen.. who knows that A.*.*. sampai jugak kat rumah..even kena tunggu 4jam.. amboi.. approved by my parents .. alhamdulilah.. my bed is yours !
Today is the day.. siapa sangka kan bahagia, bila dulu pernah luka.. ceyh!dramatik sungguh.. jiwang?? x ok!
Sweet memory to replace the old one:
Identitiy thief.. but u're my heart thief.. cc:amd

Ticket free.. thanks to Ummi :) ahaks!
1st tme naik bas kt JB.. xpe kenangan kami <3
**moga hubungan kita kekal sampai syurga.. terima kasih sempurnakan sebahagian dr diri ini :)

Isnin, 29 April 2013

Mencari Bahagia

Semakin erat perhubungan kami, semakin aku kenal erti bahagia.. moga ia kekal ke syurga.. amin!
A.M.D...thanks :)
Tidak pernah ku rasa
Perasaan yang begini
Tulus tuk mencintaimu
Semua kerna dirimu
Ku berubah hidup kini
Penuh dengan senyuman


Terima kasih atas segalanya
Yang telah kau beri
Amat ku hargai



Siapa sangka kan bahagia
Bila dulu pernah luka
Cinta datang tak diduga
Bawa hingga syurga

**ppffftttt... esok..balik.. lusa, adalah harinya.. nerves!! ^__^



Khamis, 21 Mac 2013

Make Up Routine By Shida Junaidi :)

Kawan sekolah lama yang bertahun x jumpa..semakin ayu gamaknya!dah jadi juru makeup sampingan kot..walllaaaa.... Shida Junaidi .. :D

not edited ya Shida Oh..lalala.. :D


Kena bg rutin make up?? make up sangat lah aku ni kan? haha.. takpe2!try and error je ni :D
Ok!!!my rutin is:
Sebelum make up:

  1. mandi dulu lah..penting! haha..1st just cuci muka enough..
  2. kalau rajin kat rumah la,apply ice setengah jam sebelum make up untuk bagi make up tahan lama
  3. then bubuh krim muka.. biasa la tu.. >just guna barangan safi okies,mahal2 mana nak mampu,student lg<
  4. pakai bedak asas secara tipisnya >product yg digunakan :avon or maybelline je <
  5. lepas tu apply pulak bedak compact tidak terlalu tebal mcm opera cina..ahaks!...>biasalah ladies<<
  6. kemudian,bubuh tang mata pulak.. apa?teka sendiri la Shida :P mestilah eye linear.. bawah mata eyeliner biasa..atas mata liquid eyeliner.. :D
  7. kadang pakai eye shadow jugak.. depends lah.. tapi jarang lah..untuk ke kelas x pernah sama sekali..
  8. lepas tu baru letak maskara kalau terlebih rajin... hihihi.. maklumlah bulu mata pendek..
  9. oleh kerana student jugak,nak g kelas taklah pakai blusher...tp kalau keluar event ke apa ke time rajin ada lah jugak bubuh blusher.. blusher pink kaler.. x berani pakai terang2 ahh..apply tipis sudah.. simpan sikit seri untuk kahwin :P hehehhe..
  10. lastly,pakai lipstik biasa plus lipgloss.. pakai perfum nak masuk jugak ke?? ahaks!joke je.. :D
  • tapi Shida,yang paling penting pada aku time malas just apply bedak compact eyeliner and lipstik sudah! :D
  • penekanan:produk yang digunakan hanyalah yang halal.. hahaha.. aku guna barangan safi,avon dan maybelline je :)

Jumaat, 15 Mac 2013

Jangan Nilai Luaran, Tp Lihat Dalaman

Salam JUMAAT penuh barakah .. moga semua mendapat redha Allah s.w.t. Jangan lupa untuk memanjatkan setinggi kesyukuran kpd sang pencipta kerana masih diberikan nikmat serta pinjaman nyawa diatas muka buminya ini.

Marilah berpesan-pesan dari pesanan lampau ahli ulama :)

Kurus ke aku??
 tetap bersyukur kerana memiliki tubuh badan yang sihat..
Alhamdulillah :D


*Sekadar berkongsi apa yang dibaca juga apa yang dilihat..sesungguhnya diri ini juga masih kerdil..belum cukup berilmu untuk memberi nasihat juga masih menasihati diri sendiri..selemah-lemah iman adalah nasihat menggunakan hati..tapi kalau guna hati pon dah x mampu nak buat?? macam mana tu?phobia itu sentiasa memburu ku..argghhh!! semua gara2 x mampu nasihat walaupun dengan selemah-lemah iman.. namun sesungguhnya yang muda akan tua dan segala yang hidup pasti akan mati.Fitrah itu adalah kepastian Illahi..sentiasa beringat selagi masih ada nyawa dikandung badan. :D

Sabtu, 9 Mac 2013

Salin & Tampal

Kisah Mamat Jiwang & Minah Brutal

Mamat : Assalamualaikum.. Hai awak, saya nak berkenalan dengan awak boleh tak..?

Minah : Waa’laikumussalam.. Boleh, tapi kene jumpa mak bapak aku dulu.. Minta izin.. Kalau mak bapak aku bagi, aku on je..

Mamat : Waaa.. Boleh tahan ek awak ni.. Ok saya jumpa mak bapak awak.. Bagi alamat rumah awak..

Minah : Ni i/c aku, cepat la salin alamat aku..

Mamat : Tangan menyalin sambil tersenyum2 (dalam hati : Ceh malas betul punya minah.. Takpe2.. Waa nama NURUL IMAN.. Lembut je nama tapi perangai brutal tol..)

Selasa (SAAT SI MAMAT JUMPA MAK BAPAK SI MINAH)

Mamat : Assalamulaikum pak cik mak cik.. Sihat..?

Pakcik & Makcik : Waa’laikumussalam.. Alhamdulillah kami sihat.. Tapi, anak ni siape..?

Mamat : Saya MOHD AIMAN.. Saya datang jumpa makcik dengan pakcik ni sebab nak mintak izin nak berkenalan dengan anak pakcik yang bernama NURUL IMAN..

Pak cik : Alhamdulillah.. Ade lagi pemuda yang gentleman macam kamu ni lagi ye zaman sekarang.. Sebenarnye, kamu la pemuda anyg pertama datang mintak izin sebelum nak berkenalan dengan anak pak cik NURUL IMAN tu..

Mamat : (Dalam hati : waaa bangge aku sebagai seorang lelaki sejati..)

Mak cik : Sebelum2 ni tak de siape yang berani datang.. katenye si NURUL IMAN tu garang sangat orang nye.. Sebenarnya tak.. Si NURUL IMAN tu orang nye lembut sangat, sopan, budi bahasa, rajin dan agama nye pun baik..

Mamat : Sambil angguk2 dan tersenyum2 mendengar cerita mak bapak minah (dalam hati : ceh.. Lembut ke..? Sopan ke..? Budi bahasa ke..? Takde gaye langsung.. Takpe2.. Wait n c minah..)

Pakcik : Pak cik izinkan anak berkenalan dengan anak pakcik NURUL IMAN…Mamat : Terima kasih pakcik makcik..

Rabu (BILA DAH DAPAT KEIZINAN..)

Mamat : Awak parents awak dah izinkan saya berkenalan dengan awak..

Minah : Sso what..? Ade aku kisah..

Mamat : Tersenyum dalam kebengangan (dalam hati : eh2.. Sabar hati.. Sabar…)

Minah : Wei aku nak jumpa mak bapak ko pulak.. Ni fon aku, ko salin kan alamat ko.. Pastu save message..

Mamat : Awak nak wat pe jumpa ibu ayah saya..? (sambil tangan laju menaip alamat umah dan save message)

Minah : Yang ko sibuk kenape..? Macam mak nenek.. Banyak tanye.. Esok ko jangan ade dekat umah dari jam 11 a.m sampai jam 12 p.m, ko merayap la kemane2 pun… Kalau ade gak kat umah, aku bakar ko hidup2 depan mak bapak ko.. Paham..?

Mamat : Ok2.. Awak, saya nak no. tepon awak..? Mane lah tau lkaau rindu2 nanti boleh calling2..

Minah : Ooiiitt.. Geli aku.. Rindu2 ingat aku ni bini ko ke..? Nak termuntah aku dengar.. Ko call je 999 mintak no. tepon aku kat dorang.. Kompem dapat.. Dapat pelempang.. Hahahahaha..

Mamat : Senyum jela (dalam hati : eieieieieieieieieeieiieieie… Geram nye aku.. Takpe2.. Sabar hati.. Sabar)

Khamis ( APABILA MAMAT BALIK KERUMAH SELEPAS JAM 12 pm)

Ibu : MOHD AIMAN.. Sampai hati senyap2 ye.. Taknak kongsi langsung kat ibu ngan ayah ye..

Mamat : Apa ibu cakap ni..? Aiman tak paham la.. (dalam kepale sambil memikir apa sebenarnye telah terjadi)

Ayah : MOHD AIMAN.. Jangan nak main nyorok2 lah kami dah tau.. Tadi jam 11, GIRLFRIEND kamu datang.. Ayah berkenan lah kalau dia jadi menantu ayah..

Ibu : Ibu pun setuju.. Cantik, sopan, budi bahasa, pandai masak, pandai amik hati orang tua.. Seronok ibu kalau dapat menantu yang boleh jadi kawan ibu.. Kalau kami masuk meminang NURUL IMAN minggu depan cane MOHD AIMAN.. Kamu setuju..?

Mamat : Kalau ayah dengan ibu setuju dan suka, terus kan jela niat nak masuk minang NURUL IMAN tu… (dalam kebingungan : Sejak bile pulak aku ade GF ni.. GIRLFRIEND yang dicakapkan oleh ayah dan ibu adalah minah a.k.a NURUL IMAN.. peerrrrrr.. Gila la aku dah lah tak kenal sape minah tu.. Brutal pulak tu tetibe je ibu ayah nak wat menantu.. Tak pe.. Jalan je.. Ade sesuatu kat NURUL IMAN tu sampai ibu dengan ayah pun suka.. Hihihi)

Jumaat (HALAL & HARAM)

Mamat : Awak, minggu depan ibu ayah saya nak masuk meminang awak.. Takpe ke awak..?

Minah : Ko setuju ke mak bapak ko minang aku..?

Mamat : Setuju

Minah : Dah ko setuju, wat pe tanye aku lagi.. Ape la.. Cume aku nak kalau kite b’tunang aku cume nak barang hantaran telekung, sejadah dan al – quran yang ko khatam kan je.. Duit hantaran ikut suke ko nak bagi berape.. Aku tak kisah.. 10 sen pun aku terima.. Pastu 2 minggu je bertunang dan pastu kawin.. Dah kite tutup kes ni..

Mamat : Amboi dasyat tol awak ni.. Awak ni garang la tapi sweettt.. ( Sambil tangan mamat nak pegang tangan minah)

Minah : Oooiiittttttttt setan.. Kuar la ko dari badan mamat ni.. Ko tau tak HARAM sentuh orang yang bukan mahram selagi ko tak lafaz “AKU TERIMA NIKAHNYA” selagi tu ko HARAM nak sentuh aku.. Ko ade wudu’ tak..?

Mamat : Takde.. Nak wat pe..?

Minah : Ko g amik sekarang.. Cepat la..

Mamat : Merungut dalam hati sambil kaki melangkah mencari paip untuk berwudu’ (eiei minah ni cube la cakap sopan sikit ngan aku.. Garang macam singe.. Singe pun tak macam dia..)

SEKEMBALI MAMAT DARI MENGAMBIL WUDU’

Mamat : Awak, saya dah amik wudu’.. Awk nak saya buat ape..?

Minah : Diam la.. Banyak bunyi la ko ni.. Nah amik ni AL-QURAN.. Ni HALAL untuk ko pegang 24 jam pun, cium, pelok pun boleh.. Pahale bergande 1000x kalau ko bace.. Ha… Aku nak ko hafaz juzu’ 30.. Minggu depan kita tunang aku tau ko da hafaz semua surah dalam juzu’ 30 tu..

Jumaat (SEMINGGU SELEPAS BERTUNANG)

Mamat : Awak ape kate kite tukar panggilan.. Saya panggil awak SAYANG dan awak panggil saya ABANG..

Minah : Ooiiiittt.. Geli aku nak panggil ko abang.. ABANG tu hanya SUAMI aku je.. Ko tu bukan suami aku lagi.. Baru tunang nak gempak2.. Bla la wei… Ha daripada ko dok ngarot yang bukan2, ko da hafaz lom juzu’ 30..?

Mamat : Emmmmmmm.. Dah2.. Nape..?

Minah : Ha.. Ha cube bace kat aku ape yang ko hafaz..

Mamat : (Dengan mulai dengan surah al – fatihah dan seterusnye membace semua surah juzu’ 30 tu sampai habis..)

Minah : Alhamdulillah.. Pas ni ko bace pulak makne2 surah dalam juzu’ amma tu.. Minggu depan aku nak dengar ko bercerite depan aku…

Mamat : Daa macam peserte pertandingan hafazan dan bercerite pulak (cakap dalam nada slow)

Minah : Ooiitt ko kutuk aku ek..? Takpe2..

Mamat : Mane ade.. Awak memang cantik comel..

Minah : Dah2.. Jangan nak cakap lagi.. Aku tau dah aku memang cantik comel.. Sebab tu ko soh mak bapak ko minang aku kan..?

Mamat : Tersenyum (Dalam hati : Ceh masuk troli sorong sendiri la weii..)

Jumaat (2 MINGGU SELEPAS BERTUNANG)

Mamat : Awak2.. Awak tak rase ke apa yang saye rase..? Saye rase macam ade sesuatu yang indah antara kite berdua la.. Setiap kali ingat awak mesti terase yang awak dekat sangat dalam hati saya..

Minah : Ooiitt yang ko nak berjiwang karat sangat ni nape..? Bengkak telinge aku dengar.. Ko ingat ko berjiwang2 ni aku cair ngan ko.. Jangan harap la weii.. Dah2.. Sekarang ko cerita kan dekat aku kisah2 dalam juzu’ amma tu..

Mamat : (Dalam hati : Dia ni memang takde perasaan langsung.. Baru nak jiwang2 dah tak boleh.. Takpe.. Sabar hati.. Sabar..)

Minah : Ooiitt berangan plak.. Aku soh cerite bukan berangan.. Cepat la cite aku nak dengar..

Mamat : Sabar la.. Ngah susun ayat ni.. (Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. Dia memulakan kisah dari 1 surah ke surah yang lain hingga khatam dalam juzu’ amma tu)

Minah : Alhamdulillah.. Minggu depan kita nikah.. Aku nak sehari sebelum kite nikah ko wat qiamulllaill.. Allah tu Maha Melihat.. Kalau ko tak wat, ko tunggu la mase ko lafaz aku terime nikahnya mesti ko tersangkot2..

Mamat : Taknak la la sy.. Malu la tersangkut2.. Ok2.. InsyaAllah saya wat..

Minah : Tau pulak malu.. Ok.. Lagi 1, hari nikah tu aku nak ko senyum je sepanjang majlis.. Tak kisah la waktu tu ko sedih ke kecewa ke.. Yang aku nak tengok, ko senyum je.. Paham..?

Mamat : Faham.. Awak saya teringin nak tengok awak senyum.. Senyum la awk.. Mesti manis.. Selalu tengok muke garang awak je.. Senyum la sikit wak..

Minah : Ade.. Ade aku kisah.. Tak boleh.. Kalau nak tengok sangat aku senyum, tunggu hari kite nikah t.. Mesti ko tak boleh tidur pas tengok senyuman aku yang menggoda sangat ni tau.. Hahahahahahahaha..

Mamat : Emmmmmm.. Yelaaaaa..

Jumaat (HARI PERNIKAHAN)

Mamat : Dengan sekali lafaz.. “AKU TERIMA NIKAHNYA NURUL IMAN BINTI ISHAK DENGAN MAS KAWIN 80 RINGGIT TUNAI..”

Tok kadi : Sah3..

Minah : Alhamdulillah (Terus dia sujud syukur tanpa menghiraukan orang sekeliling dia)

(SAAT MEMBATALKAN AIR SEMBAHYANG)

Minah : Terima kasih ABANG kerana sudi mengambil NURUL IMAN sebagai isteri abang. Bimbinglah AYANG menjadi isteri yang solehah.. (sambil tangan terketar-ketar tok salam dan cium tangan suci suaminya)

Mamat : Subhanallah.. Terima kasih SAYANG sudi terima ABANG sebagai suami mu.. (sambil mengucup dahi isteri tercinta)


(MALAM PERTAMA)

Mamat : Sayang , abang tak sangka pulak rasenye belum sebulan kite kenal.. Tetibe je dah kawin.. Ajaib betul..

Minah : Tu namanye jodoh.. Kekuasaan Allah bang.. Kite hanya merancang tapi Allah juga yang menentukan segalenya..

Mamat : Sayang boleh abang tanye sesuatu..?

Minah : Tanya la abang,. (Dengan nada suara yang manje)

Mamat : Nape sayang dulu garang sangat ngan abang..? Tapi bile dengan orang tua abang n orang tua sayang cakap sopan..?

Minah : Maafkan sayang abang.. Ayang bukan sengaje nak berkasar dengan abang.. Ayang wat semua tu sebab nak uji sama ada abang sabar tak dengan karenah ayang.. Ayang nak abang terima ayang dengan seadanya.. Sebab sayang taknak kite hilang kemanisan cinta selepas berkawin gare2 abang dah sentuh ayang sebelum kawin.. Ni sekarang kite dah kawin.. Ayang milik abang.. Abang boleh sentuh ayang tanpa kene sound ngan ayang lagi.. Hihihi.. Abang nape abang kawin dengan ayang..?

Mamat : Subhanallah… Terima kasih sayang ku kerana menjaga batasan kita selama ini.. Abang pilih sayang kerana Allah.. Lepas abang wat qiamullai yang sayang suruh wat sehari sebelum nikah baru la abang dapat jawapan bagi perasaan yang tersembunyi antara kita berdua iaitu perasaan cinta.. I LOVE U SAYANG.. Waktu tu juga abang baru sedar ape hikmah nye kenape sayang suruh abang menghafal juzu’ amma dan membace terjemahan nye.. Semua nya indah sayang.. Terima kasih sayang.. Sekarang pun abang sedang berusaha menghafal juzu’2 yang lain…

Minah : Alhamdulillah ya Allah kau kurniakan aku suami yang soleh (sambil tangan ye menadah doa) Abang, nape abang bagi ayang banyak sangat duit hantaran RM 20 ribu dengan kerete ALPHARD sebijik..? Kan ayang dah cakap kalau abang bagi 10 sen pun ayang terima..

Mamat : Sayang.. Anggap la tu hadiah daripada abang.. Berape sangat la nilai nye jika nak dibandingkan dengan nilai seorang isteri solehah cam ayang.. I LOVE U SAYANG UNTIL JANNAH..

Minah : I LOVE U TOOO ABANG.. UNTILLLL JANNAHTUL FIRDAUS.. AMINNNNNNN….



~p/s~ Perempuan yang garang luarannya sebenarye lembut hati nye. Garang dia kerana untuk menjaga maruah dan syariat Illahi. Jangan la dicaci maki perempuan yang garang itu, cume berilah nasihat InsyaAllah hati dia lembut mendengar nasihat mu.. .