follow dashboard

Selasa, 30 Disember 2014

2014 Ke Penghujungnya

Assalamualaikum, hi bloggers.. Siapa sangka, pejam celik dah nak habis study kat bumi Minden USM ni.  Hihi.. Maka ini ertinya penghujung bg tahun 2014 .

2014 , banyak ujian yg Allah beri pd hambaNya.. Kehilangan MH370, MH17 , QZ8501.. Semoga semua mangsa tenang dialam sana. Alfatihah bg mereka yg beragama Islam. Semoga juga MH370 akan segera ditemukan.

2014, Disember , siapa sangka banjir besar berlaku dibeberapa buah negeri spt Kelantan, yg setelah sedekad tidak ditimpa bah.Doaku moga mangsa tidak trauma dan sentiasa tabah. Moga semua bencana ini ada hikmahnya, dan 2015 dibuka dgn buku baru tanpa peristiwa yg tidak diingini. Inshaallah, tadahkan tangan , pohonkan doa pd yg maha Esa. Allahuakbar!!

2014, moga hidupku seusia 23 tahun diberkati oleh Allah, keluarga berbangga dgnku yg bakal bergraduasi September 2015 , Inshaallah. Azam 2014 terlaksana walau sekejap tp yg pasti ia buatkan aku melupakan semua kisah lama. Moga 2015 menjadi tahun yg lebih baik buat insan bernama Aryiana. Amin Ya Rabb..

#alfatihah untuk mangsa tragedi dan bencana 2014.

#alfatihah untuk arwah atok, semua darah dgg dan nenek moyangku yg telah pergi menghadap illahi.moga kalian tenang dialam sana.

#alfatihah utk hati ini yg kdgkala mati dek melupakan sang penciptaNya.
#2015 , 24. Omg!! 

Ahad, 30 November 2014

Promoter

Hi chuollss, assalamualaikum..
Entry simple, me as promoter of maggi.. Hmm.. 22-23 , 29-30 november 2014. Kerja curi² tanpa pengetahuan abah.. Hihi .. Btw, penat tapi best.. Pengalaman ,😊 but, the sad one is my salary after 60days.. What the hell of this.. Hurm 😢 too sad..

Rabu, 5 November 2014

Trial, part time workers

Hye, selama hayat ni x pernah kerja even lps spm n stpm sebab abah x bg, hari ni, ambil langkah sendiri cari duit poket buat kerja part time.. Alah, part time saja2 isi masa lapang sekali gus mencari duit poket.. Akaun bank yg dah semakin surut, menyedihkan.. Inshaallah jumaat ni kerja lagi kat tapak konvo USM sempena convex ke 50thn.. Selamat bergraduasi semua yg dikenali. Moga berjaya di alam pekerjaan kelak, dan goodluck utk yg menyambung master ☺☺

Sabtu, 27 September 2014

Bisnes start.. 1st try.. ☺☺

Hye uoolllsss... Ioollsss hari ni nak share tentang bisnes yg baru diceburi.. Sesapa ada nak order aneka jenis kerepek and order baju i am or tempahan tshirt lain yg ada design sendiri, boleh whatsapp iollss at 0194479204 utk sebarang pertanyaan.. Hewhew . Harga dijamin berpatutan..
Meyh scroll gambar : 😁😁

Jumaat, 12 September 2014

Its Final Year ... Yeeeaayyy !

hi uoollss ! actually role as final year student is not an easy things but ........... just excited to end the study.. hehehe... for 2 month semester break, many experience did i get.. okay, penat speaking.. back to malay ! hahha.. cuti dua bulan, sambut hari raya, jadi pengapit, ambil budak sekolah, semua benda ada.. meyh kongsi sikit pic raya and jd pengapit makcik kita.. meyh scroll :D 

Raya 2014 :


Penat mengecat tau.. Tenaga dua orang perempuan :D 
My dad dgn anak2 sedara dia
The one and only grandma yg masih ada :)
Dia adik, kita kakak :D
Sempat beraya dgn besties :D

Bridemaids memory :

She is my aunt.. :) cik suzie .. 
Bridemaids aunty :D hehe..
moga cepat lah jodoh i hopefully.
#gatal
Cousin.. posing selepas makeover :) haha.. 

p/s : sape yg dok meluat tengok blog i, jgn dok nak kutuk sgt aihh... amaran keras!! haha.. #blogkudiariku


Jumaat, 20 Jun 2014

Promote !

Hai u olls... hari ni sambil menanti last paper untuk final sem6 ni, dek kerana kemalasan untuk study, tercetus lah ilham mengupdate blog... AYUH!!! sini saya akan mempromote kedai kengkawan via mereka punya page kat FB. 

First, pada sesiapa yg ada design baju sendiri, and nak buat design tu, boleh lah g kedai printing "Teman Tapi Mesra" kita ni.. SMARTHREE PRINTING.  Sebab apa suggest?? baca bawah ni :

  1. Dijamin harga berpatutan ( harga boleh runding)
  2. Baju berkualiti tinggi ( cotton, jersi dll)
  3. Selain baju, ada juga printing atas payung, beg untuk majlis kahwin dsb.
  4. Cop/printing yg kemas (heatpress and so on)
  5. COD area BATU PAHAT, JOHOR. perkhidmatan pos untuk yang jauh dari lokasi kedai.
  6. Order siap pada masa yang dijanjikan.. INI YANG PENTING!! 
  7. Boleh repeat order design yang lama.. 
  8. Dimiliki oleh BUMIPUTERA.. hiks! :D
Pada yang berminat, untuk keterangan lanjut boleh lah like page ni,
tekan je link "SMARTHREE PRINTING" kat atas tu pon boleh.
Second, untuk sesiapa yg gila gadjet.. Sekarang macam-macam versi smartfon ada..bolehlah singgah ke page "KEDAI GADJET HARGA MAMPU MILIK". One of friend of mine punya kedai. Ada masa jom lah singgah..Like page  untuk pertanyaan and boleh rujuk page tu terus. :D 

Page "KEDAI GADJET HARGA MAMPU MILIK".
Jemput like untuk yang berminat.
*P/S : Saya sendiri pengguna dan berpuas hati dengan produk mereka. Anda bila lagi? Pastinya ada tawaran menarik yang mereka sediakan. Jemputlah untuk like page mereka ya :D TERIMA KASIH DAUN KELADI. 


Selasa, 27 Mei 2014

Lets take a look.. Hiks!

Hi, u olls.. just want to share my wordpres link for the deaf person about Microsoft Office Access. Do have a look ya! comment or likers is better .. thank you.. 


“Live the life you wish to, date the man you wish to date, and stop looking to your family for affirmation for the choices that you make. Life is full of risks. You can't live your life in fear of how people will judge you for following your dreams.” 
― David Sullivan, The Sound of Your Voice


Ahad, 18 Mei 2014

Hari Guru 2014!!

"Wajah-wajah segelintir guru yang dicuri dari FB"

Haii.. u ollsss .. poyo.. pffttt... rasa lama tak update, hari ini tetiba je google pasal sekolah rendah.. lepas tu dapat lah idea nak update blog ni bertemakan hari guru. tujuan google tu utk dapatkan no.fon cikgu tapi malangnya takde pulak. Tema hari guru 2014 ni banyak yang buat BACK TO SCHOOL. bayangkan cikgu yang tua2 pakai uniform sekolah? haha.. mesti comel gila!! tak sabar nak tergolong dalam warga pendidik juga.. Inshaallah satu hari nanti, lepas habis belajar setahun lagi! sabar k sabar!! "GURU PENCETUS KREATIVITI PENJANA INOVASI" ya.. tak lain tak bukan tema sambutan hari guru seluruh Malaysia tahun ini.. kepada semua guru2 yang pernah mendidik Aryiana, saya ucapkan selamat hari guru CIKGU! jasamu semua akanku kenang selamanya, terutamanya utk arwah cikgu Kamis..al-fatihah untuk allahyarham..kerana beliau lah aku jadi kat mana aku ada sekarang.dia yang berjaya memujuk aku untuk ke sekolah masa darjah 1.. panjang ceritanya..~lalalalalalla~ sekarang aku dan anaknya "teman tapi mesra" cewahh... over je!! abaikan.. OK, let me list all my late school here :

  1. KAFA Kg.Pt.Kaseh
  2. TADIKA Kemas Seri Molek
  3. SK Seri Molek
  4. SA Seri Molek
  5. SMKA Segamat
  6. SMK Senggarang
  7. USM
HMMM.... next nak share lagu sekolah plak..tp lagu sekolah rendah je la.. lagu ni je "legend".. next time, tahun depan ke, kita share lagu sekolah menengah pulak ye ! hehe..  sape hebat mohon nyanyi k!! hahahhaha

 LAGU SEKOLAH

USAHA PENDUDUK BERSATU PADU,

ALLAH PERKENALKAN,

TERBINALAH SEKOLAHKU,

SERI MOLEK DI NAMAKAN


TEMPAT MULA KAMI BELAJAR,

ILMU PENGETAHUAN,

KAMI TETAP KASIH DAN KENANG,

PADAMU WAHAI BUDIMAN


KAMI BERJANJI DENGAN SETIA,

UNTUK MENJADI INSAN BERGUNA,

HIDUP BERBAKTI, BERAKHLAK MULIA,

MEMBINA BANGSA JUGA NEGARA

IBU BAPA GURU SEMUA,

MOHON DOA RESTU,

SEMOGA CITA-CITA MULIA,

PASTI AKAN BERJAYA.

LOGO SKSM :D


Isnin, 28 April 2014

Bukit Merah Laketown Resort Trip !

   Hi, ladies and gentleman out there.. yuuuhhuuuuuu !! entry nak share kali ni pasal trip 2 days 1 night kat Bukit Merah Laketown Resort, Perak..26 April 2014 check in and 27 April 2014 check out.. satu trip yang tak dirancang..million thanks to Wana Maghtar yang support penginapan free.. Sebab Wana tak pergi last minit then dia past baucer tu, dan penginapan tu free dapat dari Pesta Bola Jaring 2013 USM Penang.Selama dua hari vacation tu, kami stay kat Suria Apartment Hotel :D Kerja kajian lapangan lab dan lab report dah selesai dan dihantar, makanya tibalah masanya kita berjimba mengurangkan OVERSTRESS yang ada. supper dupper excited bila nak bgtw Mira pasal vacation ni..Thanks Mira sebab sudi temankan rumate kau ni bercuti.Inshaallah satu hari nanti saat ni lah yang menjadi kenangan manis kita.Walaupun vacation ni kita duk dalam bilik saja angkara hujan lebat, tp sisa-sisa hari kedua kita habiskan jugak untuk nikmati pemandangan Waterpark, Ecopark at Bukit Merah.Beli sikit sourviner untuk buddies ikut kemampuan.

Cara nak ke Bukit Merah Laketown Resort by bus takde lah susah mana sebenarnya..meyh travel guide tolong ajarkan.. ahaks!! Kalau student USM, korang boleh lah ambil bas 302 dr Bukit Gambir ke Jetty.Jetty ke Butterworth by ferry.. then naik bas ke Kamunting dr Butterworth.bas ke Kamunting ada sejam sekali dan hanya pada jam 7.30 ptg dr Kamunting ke Sg.Nibong. kalau ambil bas 7.30 ptg tak payah sibuk2 nak ke Butterworth bagai.. lepas tu dr Kamunting ke Bukit Merah, naik lah teksi..bayar teksi RM30 dan minta number pakcik teksi tu untuk dia ambil keesokkan harinya.Teksi untuk balik pulak tambang dia RM35 sebab two ways kan..affordable lah untuk student macam kita sbb takde lah mahal mana.


Ok, macam biasa, lets scroll pictures !!

Pemandangan kat area Suria Apartment Hotel tempat kami menginap :D 
Lepas check in 12pm, amik post pertama kat sini ! hehe

Room 7318 :D
Masuk2 bilik, snap satu dua gambar dulu..
kenangan katany
a :P
Oleh kerana hujan,
mampu ke swimming pool je lah ye..
Grin from ear to ear kononnya.. GELI!

View at swimming pool selepas hujan :D
Selfie berdua.. lepas swimming dan menerima kegatalan kulit !
HAHAHAHAHAHA..tudung herot
:3
Keadaan dalam bilik before check out..
selesa lah, sampai sesak nafas sebab aircond sejuk yaww !
Ok, check out dulu.. daaa room 7318 :)
Hari ke-2, ke waterpark lah kita ye :D PEACE! 


Mana yang comel? hiks!
HAI...saya rumate dia !:P
Nampak tak, kaki sunburn ? :'(
SHUTTT UPP ... for those who didn't know me ! :D 
Pemandangan sekitar.. :D
Here we are.. nak pergi mana? :P
Last but not least.. ternyata perjalananku masih jauh.
Walaupun ramai seusiaku telah melangkah ke alam rumahtangga,
namun aku masih menanti kehadirannya.
BIDADARA yang tepat untuk menjadi surahati..
jangan ditanya BILA, ku tak punya jawabnya.
hanya yang Esa maha mengetahui..
JODOH, ku menantimu.. Inshaallah..
:D



Jumaat, 25 April 2014

Lab And Lab Report DONE !

Story morry about GEOGRAFI untuk kaji parameter fizikal!! Unit paper mmg sikit tp kerja memang banyak.. tapi nak buat macam mana demi memenuhi keperluan pengijazahan.terpaksaku lalui jua.. ok ayuh bercerita serba sedikit tentang kajian lapangan HGF225 bertempat di Tasik Aman USM..cececece.. nak share peta tasik agak2 korang OK tak?meyh jenguk peta dia meyh.. 

Ok berbalik pada kajian..Data dikutip oleh seramai 30 orang participant selama seminggu bermula 25 Mac 2014 hingga 04 April 2014..8 masa selang 3 jam untuk mengambil sampel air dan selama seminggu.Nak ceritalah minor GEO ni memang byk kerja..over than my MAJOR paper pendidikan khas. STRESS semester ni memang tak terkata.Apa pun lepas dah hantar lab report pagi tadi, and jd first sender, rasa lega yg amat sgt.. Ukhuwah dengan classmate pon jadi makin rapat lepas kajian lapangan ni. sebab masing2 spend time berhari-hari dalam lab, tak kira dari segi buat ujikaji makmal juga dari aspek membuat report.TERIMA KASIH atas kerjasama dari kalian semua tak lupa jugak pada abg2 master Kucai & Nazrul..nanti kita keluar makan beramai-ramai seperti yang dijanjikan ok,..

Pic Scrolling !!
Hahahhah.. yang ni gambar hari 1st n 1st yg ambil sampling air.
Nak tunjuk checkpoint C punya pasal la ni :D
Ni bodyguard kita ! cecece..
 actually adik2 yg ceria masa kat lab..adik sgt!
Abg Kucai , terima kasih tlg snap gambar ni!
 ni sebenarnya aksi semata-mata.

sebab kerja dah siap. :P
Stay Up time to do report..
penjaga malam but not "kupu-kupu malam" :)
Comel kesemuanya! kita rendang kan?
 tak pe bg chances kat depa nak bergambar dgn sy :D
bila lg kan.. wakakaka
Alat dan radas yg digunakan untuk buat ujikaji LAB !


Jumaat, 28 Mac 2014

Dibalik setiap personaliti

selfie vs selfish.. bored and poyo.. hahaha 


caption : kenal tak makna faham :D 

aku happy dengan life aku sekarang, persetan apa kata org,
aku tak kacau orang mohon orang tak kacau aku,
aku tak hot, aku tak ada apa, aku cuma insan biasa,
ku nukil puisi hanya tentang diriku,
seorang anak kepada dua ibubapa,
yang hanya patuh pada kata mereka,
itu ini boleh,itu ini tak boleh,ku hanya menurut saja,
kepada yang muak membaca, aku tak pernah pinta,
sekadar coretan untuk tatapan dihari tua

p/s: "tak pernah nak jd yg ketiga,sudah melupakan dan mohon dilupakan" :D 

aku tak pernah luah sebab aku menjaga, namun hati sendiri bila nak terjaga?
 maafkan aku bukan niatku untuk mengelak,namun kau perlu tahu ini demi orang tuaku.
mereka tak suka lagi aku berteman denganmu,dan perasaan aku juga dah tiada lagi untukmu, 
berakhir sejak 5 tahun yang lalu.MAAFKAN AKU !

"if we are not meant together, so it is a fact, just accept that "takdir ALLAH"

Isnin, 24 Mac 2014

Inalillahi wa ina ilaihi roojiunn




Malaysia dan seantero dunia pada hari ini diberi perkhabaran gempar yang amat menyedihkan.Sesungguhnya semua sedia maklum berkenaan kehilangan #MH370 pesawat Boeing-777 milik MAS pada 8 Mac  2014 yg lalu.Kini penantian berakhir duka, namun mungkin ada kelegaan dalam hati-hati mereka yang menunggu kerana munculnya perkhabaran, namun kesedihan yang teramat pasti tak dapat diungkap.tabahlah wahai hati-hati yg Tuhan sedang uji.Sesungguhnya Allah tak akan uji hambanya diluar kemampuannya.Sesungguhnya juga kalian dalam kalangan orang-orang yg terpilih.Semoga kekuatan dan cinta Allah sentiasa bersama kalian dan mereka yang terlibat..amin Ya Rabb .Tiada sebarang pihak yg harus dipersalahkan,kerana sesungguhnya usaha mencari tak pernah terhenti daripada hari terjadinya tragedi #MH370 ini. :'(

08 MAC 2014
* Pesawat MH370, jenis Boeing 777-200, membawa 239 penumpang dan anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 pagi dan dijadual mendarat di Beijing, China pada 6.30 pagi hari yang sama.
* Pesawat MH370 dilaporkan hilang daripada radar awam Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) pada 1.30 pagi 120 batu nautika di timur perairan Kota Baharu, Kelantan.


24 MAC 2014 (Hari ke-17)
* Hishammuddin berkata polis sudah mengambil keterangan lebih 100 orang termasuk keluarga juruterbang MH370. 
* Pada 10 malam, Najib mengumumkan kedudukan terakhir penerbangan MH370 dikesan di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth. 
* MAS meluahkan rasa duka penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi. 
Bingkisan daripada PM dilaman twitternya. :'(
"Sesungguhnya setiap sesuatu yang berlaku ada hikmahnya.Mungkin Allah mahu hambanya bersama memohon doa, kejadian yang memberi kesedaran. Tiada Zat yang mampu mengatasi zatNya."
Maha suci Allah yang maha mengetahui, aku bermohon supaya kau berikanlah ketabahan serta kesabaran setingginya kepada mereka ahli keluarga yang terlibat.Tiada pergantungan lain selain daripadamu Ya Rabb.
Hanya kenangan bersama kita, kini dan selamanya. Berbeza bangsa, agama, negara bukan penghalang bagi kami untuk bersatu demi nyawa mereka yg tidak diketahui.Tragedi ini membuka mata semua penduduk dunia NAMUN tidak dilupa  592 ahli ikhwan muslimin Mesir moga kalian syahid dijalannya..Inshaallah..Alfatihah untuk semua tragedi ini :'(

  • Harapan kami semoga kotak hitam cepat ditemui, kerana satu-satunya punca tragedi #MH370 hanya boleh terbukti dengan adanya bukti tersebut. Subhanallah.. :'(
  • Doaku semoga "kalian" tenang dialam sana..Amin Ya Allah.. Takziah dan Belangsungkawa untuk ahli keluarga anak kapal, pilot,co-pilot dan penumpang yang terlibat.
  • Terima kasih semua pihak yang terlibat dalam proses pencarian SAR tragedi #MH370..26 negara yang terlibat dan bekerjasama..