follow dashboard

Isnin, 24 Mac 2014

Inalillahi wa ina ilaihi roojiunn




Malaysia dan seantero dunia pada hari ini diberi perkhabaran gempar yang amat menyedihkan.Sesungguhnya semua sedia maklum berkenaan kehilangan #MH370 pesawat Boeing-777 milik MAS pada 8 Mac  2014 yg lalu.Kini penantian berakhir duka, namun mungkin ada kelegaan dalam hati-hati mereka yang menunggu kerana munculnya perkhabaran, namun kesedihan yang teramat pasti tak dapat diungkap.tabahlah wahai hati-hati yg Tuhan sedang uji.Sesungguhnya Allah tak akan uji hambanya diluar kemampuannya.Sesungguhnya juga kalian dalam kalangan orang-orang yg terpilih.Semoga kekuatan dan cinta Allah sentiasa bersama kalian dan mereka yang terlibat..amin Ya Rabb .Tiada sebarang pihak yg harus dipersalahkan,kerana sesungguhnya usaha mencari tak pernah terhenti daripada hari terjadinya tragedi #MH370 ini. :'(

08 MAC 2014
* Pesawat MH370, jenis Boeing 777-200, membawa 239 penumpang dan anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 pagi dan dijadual mendarat di Beijing, China pada 6.30 pagi hari yang sama.
* Pesawat MH370 dilaporkan hilang daripada radar awam Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) pada 1.30 pagi 120 batu nautika di timur perairan Kota Baharu, Kelantan.


24 MAC 2014 (Hari ke-17)
* Hishammuddin berkata polis sudah mengambil keterangan lebih 100 orang termasuk keluarga juruterbang MH370. 
* Pada 10 malam, Najib mengumumkan kedudukan terakhir penerbangan MH370 dikesan di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth. 
* MAS meluahkan rasa duka penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi. 
Bingkisan daripada PM dilaman twitternya. :'(
"Sesungguhnya setiap sesuatu yang berlaku ada hikmahnya.Mungkin Allah mahu hambanya bersama memohon doa, kejadian yang memberi kesedaran. Tiada Zat yang mampu mengatasi zatNya."
Maha suci Allah yang maha mengetahui, aku bermohon supaya kau berikanlah ketabahan serta kesabaran setingginya kepada mereka ahli keluarga yang terlibat.Tiada pergantungan lain selain daripadamu Ya Rabb.
Hanya kenangan bersama kita, kini dan selamanya. Berbeza bangsa, agama, negara bukan penghalang bagi kami untuk bersatu demi nyawa mereka yg tidak diketahui.Tragedi ini membuka mata semua penduduk dunia NAMUN tidak dilupa  592 ahli ikhwan muslimin Mesir moga kalian syahid dijalannya..Inshaallah..Alfatihah untuk semua tragedi ini :'(

  • Harapan kami semoga kotak hitam cepat ditemui, kerana satu-satunya punca tragedi #MH370 hanya boleh terbukti dengan adanya bukti tersebut. Subhanallah.. :'(
  • Doaku semoga "kalian" tenang dialam sana..Amin Ya Allah.. Takziah dan Belangsungkawa untuk ahli keluarga anak kapal, pilot,co-pilot dan penumpang yang terlibat.
  • Terima kasih semua pihak yang terlibat dalam proses pencarian SAR tragedi #MH370..26 negara yang terlibat dan bekerjasama.. 








Tiada ulasan:

Catat Ulasan