follow dashboard

Isnin, 28 April 2014

Bukit Merah Laketown Resort Trip !

   Hi, ladies and gentleman out there.. yuuuhhuuuuuu !! entry nak share kali ni pasal trip 2 days 1 night kat Bukit Merah Laketown Resort, Perak..26 April 2014 check in and 27 April 2014 check out.. satu trip yang tak dirancang..million thanks to Wana Maghtar yang support penginapan free.. Sebab Wana tak pergi last minit then dia past baucer tu, dan penginapan tu free dapat dari Pesta Bola Jaring 2013 USM Penang.Selama dua hari vacation tu, kami stay kat Suria Apartment Hotel :D Kerja kajian lapangan lab dan lab report dah selesai dan dihantar, makanya tibalah masanya kita berjimba mengurangkan OVERSTRESS yang ada. supper dupper excited bila nak bgtw Mira pasal vacation ni..Thanks Mira sebab sudi temankan rumate kau ni bercuti.Inshaallah satu hari nanti saat ni lah yang menjadi kenangan manis kita.Walaupun vacation ni kita duk dalam bilik saja angkara hujan lebat, tp sisa-sisa hari kedua kita habiskan jugak untuk nikmati pemandangan Waterpark, Ecopark at Bukit Merah.Beli sikit sourviner untuk buddies ikut kemampuan.

Cara nak ke Bukit Merah Laketown Resort by bus takde lah susah mana sebenarnya..meyh travel guide tolong ajarkan.. ahaks!! Kalau student USM, korang boleh lah ambil bas 302 dr Bukit Gambir ke Jetty.Jetty ke Butterworth by ferry.. then naik bas ke Kamunting dr Butterworth.bas ke Kamunting ada sejam sekali dan hanya pada jam 7.30 ptg dr Kamunting ke Sg.Nibong. kalau ambil bas 7.30 ptg tak payah sibuk2 nak ke Butterworth bagai.. lepas tu dr Kamunting ke Bukit Merah, naik lah teksi..bayar teksi RM30 dan minta number pakcik teksi tu untuk dia ambil keesokkan harinya.Teksi untuk balik pulak tambang dia RM35 sebab two ways kan..affordable lah untuk student macam kita sbb takde lah mahal mana.


Ok, macam biasa, lets scroll pictures !!

Pemandangan kat area Suria Apartment Hotel tempat kami menginap :D 
Lepas check in 12pm, amik post pertama kat sini ! hehe

Room 7318 :D
Masuk2 bilik, snap satu dua gambar dulu..
kenangan katany
a :P
Oleh kerana hujan,
mampu ke swimming pool je lah ye..
Grin from ear to ear kononnya.. GELI!

View at swimming pool selepas hujan :D
Selfie berdua.. lepas swimming dan menerima kegatalan kulit !
HAHAHAHAHAHA..tudung herot
:3
Keadaan dalam bilik before check out..
selesa lah, sampai sesak nafas sebab aircond sejuk yaww !
Ok, check out dulu.. daaa room 7318 :)
Hari ke-2, ke waterpark lah kita ye :D PEACE! 


Mana yang comel? hiks!
HAI...saya rumate dia !:P
Nampak tak, kaki sunburn ? :'(
SHUTTT UPP ... for those who didn't know me ! :D 
Pemandangan sekitar.. :D
Here we are.. nak pergi mana? :P
Last but not least.. ternyata perjalananku masih jauh.
Walaupun ramai seusiaku telah melangkah ke alam rumahtangga,
namun aku masih menanti kehadirannya.
BIDADARA yang tepat untuk menjadi surahati..
jangan ditanya BILA, ku tak punya jawabnya.
hanya yang Esa maha mengetahui..
JODOH, ku menantimu.. Inshaallah..
:D



Tiada ulasan:

Catat Ulasan